Berita Kelab
Sultans mematahkan hati Strikas
Impian Supa Strikas untuk mengambil salah satu trofi paling terunggul di dunia diganggu bila mereka kalah 4-1 kepada pasukan terbaik Dubai dalam pertembungan dinamik di Strikaland.
Jurulatih dan pengurus Sultan, Sheikh Ali Zaman, memberitahu Supanews walaupun dengan kesukaran mereka untuk berjaya dalam Liga Super, pasukannya yakin bahawa mereka telah malukan Strikas di Strikaland dalam pertemuan pertama dalam musim baru ini.
Pemain Sultans tidak mengecewakan pengurus dan jurulatih mereka, dan peminat Strikas terkejut selepas bunyi wisel terakhir. Harapan Strikas untuk berada di atas log Liga Super dihancurkan selepas pemain mereka gagal bermain sepasukan.
Peminat Strikas masih bertanya diri sendiri apakah yang terjadi semasa permainan itu – sejak Strikas membuka pesta gol dengan gol dari El Matador. Kesemua peminat ingatkan lebih banyak gol akan mengikuti. Walau bagaimanapun, Sultans diketuai oleh pemain baru, Azar, yang menyusahkan Strikas dan kehebatannya memastikan Sultans mengalahkan bekas juara itu.
Kombo bahaya Shakes dan El Matador gagal memecahkan dinding Sultans, dan perkongsian antara Cool Joe dan Twisting Tiger gagal di tengah padang. Strikas membayar harganya dengan melepasi banyak peluang dan pertahanan teruk.
Lelaki dalam Merah dikalahkan pada akhir permainan. Kekurangan kuasa di depan dan kesilapan pertahanan di belakang menyebabkan Strikas kalah 4-1 kepada pasukan Sultans yang lapar yang betul-betul memerlukan tiga mata itu untuk mengelak dari di keluarkan dari liga.
“Aku tak pernah melihat bola sepak cam ni dari mereka. Semua orang bermain untuk diri sendiri dan bukan pasukan. Kita tak berlatih untuk ni,” kata Coach yang marah.
TAJUK BERITA TERBARU